Pages

Ads 468x60px

Photobucket

Wednesday, 8 August 2012

Pakatan Pembangkang Agen Pemecah Belah Masyarakat…

Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat.   Dan seperti yang telah diketahui, sama ada Pas, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi ‘pecah dan perintah’ demi mencapai matlamat mereka.
Pas terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk.
DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina ‘tembok’ ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain.
Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.
Pas, PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa parti mereka tidak punya -semangat patriotik, malah bersifat pengkhianat.

MANA ADAM ADLI? MANA KHALID ISMATH? PELAJAR UNISEL DUDUK MEREMPAT KAU ORANG DIAM AJE?!

KUALA SELANGOR - Lebih 1,000 penuntut Universiti Selangor (Unisel) berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu didakwa enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing selepas mereka mendaftar masuk hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd Jeffri Abu Hassan berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu secara rasmi oleh pengurusan Unisel dan hanya mendapat tahu secara lisan daripada beberapa pihak berkaitan.

"Perkara ini tidak diisytiharkan, apa yang kami tahu asrama tidak dibuka kerana pekerja (yang mengendalikan urusan asrama) tidak mendapat gaji oleh sebab itu mereka tidak datang bekerja... ketua mereka turut bercuti sejak Jumaat lalu tanpa meninggalkan apa-apa notis pemberitahuan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita di sini.

PAS KECUT PERUT DIGERTAK KAPAL


Agak melucukan apabila hanya Karpal Singh yang menjadi sasaran PAS dalam isu hudud sedangkan Karpal bukannya bercakap atas kapasiti peribadi tetapi parti. Umum tahu, dan pemimpin serta penyokong PAS juga tahu bahawa Karpal Singh membawa pendirian parti DAP yang konsisten dan tegas dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya iaitu menentang hudud dan menentang Negara Islam, anti-Melayu serta Raja-raja.  

Oleh itu, jika PAS ingin menunjuk-nunjuk marah terhadap Karpal, mereka harus melakukannya secara konsisten dan tegas juga iaitu sejak dulu, sehingga kini dan selama-lamanya.  

Tuesday, 7 August 2012

Tiga Tema Hari Kebangsaan Bukti Pembangkang Tidak Sepakat - Ahmad Maslan


Penggunaan tema hari kebangsaan berbeza oleh empat negeri yang ditadbir pembangkang membuktikan mereka tidak mampu mencapat kata sepakat walau dalam perkara kecil.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka tidak akan mampu bersepakat walaupun 'tidur sebantal' kerana masing-masing 'berlainan mimpi'.
"Mereka adalah pakatan tidak sepakat bukan pakatan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 110 penduduk miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal di Kampung Bukit Lanchong, di sini Selasa.

Paderi Gay Kahwin: Masyarakat Kristian Malaysia Harus Tunjukkan Bantahan



Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.

Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut.