Pages

Ads 468x60px

Photobucket

Sunday, 27 May 2012

Rally Cost KL RM20mil Investment From South Korea


PUTRAJAYA: The Bersih 3.0 rally has cost Kuala Lumpur a Rm20mil investment from South Korea, said Federal Territories and Urban Wellbeing Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

“After Bersih, I contacted the South Korean businessman and asked about the investment but the answer was ‘ not for now’ after seeing the ruckus on television,” Bernama quoted him as saying after opening the rural segment of Millions of Youth Gathering here yesterday.

This did not include the losses incurred by traders in Kuala Lumpur and the RM300,000 spent by City Hall to repair damage caused by participants of the rally on April 28.

Raja Nong Chik said City Hall had the responsibility to maintain and protect Dataran Merdeka because it was a historical area.

“We can provide stadiums for rallies but they insisted on doing it at Dataran Merdeka. Their action is a violation of the Peaceful Assembly Act.”

In KUALA KANGSAR, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz brushed aside Opposition’s claim that there was no legal basis to the Government’s civil suit against the Bersih steering committee members.

“Who are they to decide whether the suit has legal basis or not? Are they afraid? They are not the judge. The question of whether the suit has legal basis is up to the court, not the Opposition,” he said.

He was commenting on PKR vicepresident N. Surendran’s claim that the civil suit should be withdrawn as it did not have any legal basis.

On May 15, the Government had filed the suit against Bersih co-chairman Datuk S. Ambiga and nine others for RM122,000 for damage to vehicles sustained during the Bersih 3.0 rally on April 28.

On another matter, Nazri warned against a Bar Council’s suggestion to form a sentencing council, adding that it should not be seen as interfering in the role of the judiciary in sentencing those guilty of crimes.

Bar Council chairman Lim Chee Wee was reported to have suggested the formation of such a council when asked about a recent case in which two rapists were handed 35 years in jail each by the Court of Appeal during their appeal against the initial 10-year terms.

In PETALING JAYA, MCA Young Professionals Bureau chief Datuk Chua Tee Yong said Malaysia allowed for peaceful rallies on the condition that the right of assembly was not at the expense of others or the nation’s reputation and harmony.

He said he was against the recent protests held by Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia and Malaysia Small and Medium Entrepreneurs Alliance (Ikhlas) outside Ambiga’s house as these were counter-productive towards the country’s image and harmony.

Wednesday, 16 May 2012

BALASAN KAMBING BUAT AMBIGA

Masa : Selepas Solat Jumaat (18.05.2012)
Tempat : Perkarangan Lapang/Bahu Jalan/Tepi Jalan Rumah Ambiga 
No 67, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara.
(*Nota: Sila Bawa Khemah masing-masing termasuk makan-minum sendiri)

Tuntutan KAMBING :

1. Menuntut Ambiga membersihkan Senarai Pengundi Hantu di dalam Majlis Peguam.

2. Menuntut Ambiga membayar kerugian yang ditanggung oleh DBKL, PDRM dan mana-mana pihak seperti peniaga dan individu sepanjang Bersih Kotor 3.0 pada 27 - 28 April 2012 yang lalu.
3. Menuntut Ambiga membayar pampasan kepada anggota keselamatan yang cedera dan seumpamanya.

4. Menuntut Ambiga mengganti kenderaan polis yang dirosakkan perusuhnya, dan kenderaan atau harta benda lain yang rosak seperti pagar, bunga, parit, kon penghadang dan sebagainya

5. Menuntut Ambiga membayar wang PTPTN peminjam-peminjam yang gagal dan tidak mahu membayar semula seperti Adam Adli dll.

6. Menuntut Ambiga memohon ampun kepada Raja Saudi kerana kemungkinan besar jemaah haji dari Malaysia akan bermasalah akibat perbuatannya mengotori bumi suci Madinah dan Makkah.

7. Menuntut Ambiga mengembalikan semula Hak Kewarganegaraannya dan berwarganegaralah di negara nenek moyangnya di Gujerat, India.

Sekretariat KAMBING.
Kuala Lumpur.

Thursday, 10 May 2012

BERSIH 3.0 MENGGELAR "BABI" TERHADAP BANGSA MELAYU



Bukti yang secara jelas Melayu sering dihina dan dikutuk dengan panggilan "BABI". Orang Cina khususnya yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 yang kononnya dikatakan sebagai "perhimpunan AMAN" jelas membuat cubaan untuk melaga-lagakan antara sesama penduduk di negara ini dan ini adalah salah satu usaha jahat mereka.

Jikalau sememangnya mereka ini tidak menggelarkan Melayu sebagai "BABI", JejariKami mengesyorkan kepada anda semua untuk melihat dengan teliti kandungan dan mesej yang telah dinyatakan oleh pihak di atas semasa mengeluarkan pendapatnya.

Sudah terang-terang di ayat pertama iaitu :
"Please don't call Malays "babi" anymore."

Ayat di atas menunjukkan yang selama ini mereka telah menggelarkan bangsa Melayu dengan binatang tersebut. Adakah ini yang ingin diperjuangkan oleh mereka? Adakah perkara ini masih lagi tidak dapat dilihat oleh mereka khususnya oleh penyokong-penyokong Pakatan dan Bersih 3.0 yang membuta-tuli mengikut perhimpunan yang telah diselitkan dengan AGENDA tertentu? Tidakkah mereka sedar yang ini hanyalah tindakan mereka untuk meraih kepentingan mereka sendiri dalam tujuan politik serta kedudukan mereka untuk memegang jawatan / kuasa?

Sedarlah..

Mereka hanya ingin mempergunakan seramai orang yang boleh untuk kepentingan mereka sahaja. Sudah menjadi lumrah Pakatan menjadi orang yang mempunyai sifat "SELFISH".

"Habis madu, Sepah dibuang" sinonim dengan situasi yang bakal dihadapi oleh penyokong-penyokong tegar pakatan yang telah 'dibutakan' dengan janji-janji manis Pakatan yang handal dalam bermain kata-kata ibarat "Menanam tebu di tepi bibir".

Wednesday, 9 May 2012

BERSIH 3.0 USAHA TERAKHIR PEMBANGKANG SEBELUM TERKUBUR









Rakyat semakin hari semakin marah kepada penganjur Bersih 3.0 dan pihak pembangkang yang berperanan menyebabkan rusuhan di Kuala Lumpur pada perhimpunan 28 April lalu.

Walaupun mereka cuba membersihkan diri mereka daripada sebarang ketanggungjawaban terhadap kecederaan yang dialami oleh anggota keselamatan, petugas media serta orang awam dan kerosakan kenderaan polis, namun paparan video menerusi media arus perdana telah berjaya mendedahkan peranan mereka yang sebenar.

Dalam hal ini DAP cuba mengalihkan punca sebenar rusuhan semasa perhimpunan itu kepada pihak kerajaan.

Dikatanya antara faktor rusuhan dan kekecohan pada hari itu disebabkan tindakan kerajaan mengarahkan supaya stesen-stesen LRT ditutup kepada penumpang.

Ianya dilakukan atas dasar keselamatan kerana tidak mahu orang ramai menyerbu stesen-stesen LRT ang berhampiran dengan kawasan perhimpuran untuk menghindarkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Yang peliknya sehingga kini DAP mahupun PKR dan PAS tidak perniah mahu memberi jawapan kepada rakyat mengapa mereka tidak mahu menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan tersebut diadakan di Stadium Merdeka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata faktor penolakan inilah yang menjadi punca utama kepada rusuhan yang berlaku.

Pembangkang sengaja menolak menganjurkan perhimpunan itu di stadium kerana mereka sudah merancang dari awal untuk mencetuskan keganasan jalanan.

Jika ini berlaku maka berjayalah agenda mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia di mata masyarakat dunia seolah-olah tidak ada amalan demokrasi di negara ini.

Inilah tujuan sebenar mereka apatah lagi dengan kehadiran ratusan petugas media dari dalam dan luar negara, pembangkang semenangnya merancang untuk mengeksploitasi situasi tersebut.

Tambahan pula tindakan pembangkang membawa sekumpulan'pemantau' dari negara luar adalah sebahagian daripada rancangan jahat mereka.

Dengan rusuhan yang didalangi pembangkang berlaku di jalanraya-jalanraya Kuala Lumpur serta liputan agensi antarabangsa yang disiarkan di seluruh dunia, mereka bertujuan untuk menumbangkan kerajaan pada hari ini.

Lebih-lebih lagi kumpulan 'pemantau' yang dibiayai sepenuhnya oleh pembangkang akan mengeluarkan kenyataan dan laporan berunsur negatif mengikut selera dan agenda tersembunyi untuk mengutuk kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

PKR, PAS dan DAP adalah tiga serangkai pakatan jahat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui proses pilihanraya yang sah, telus dan adil.

Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim kini kecewa kerana mengetahui rakyat tidak lagi menerima budaya politik berasaskan fitnah dan tohmahan yang di bawa oleh mereka.

Apabila melihat strategi ini tidak boleh mempengaruhi minda rakyat, Anwar merancang pula melalui pendekatan demonstrasi dan perhimpunan haram yang didorong ke arah rusuhan dan keganasan.

Metod ini tidak berubah dengan cara Anwar mengeksploitasi isu kemiskinan di daerah Baling, Kedah pada awal tahun 1970an dahulu dengan mengapi-apikan pelajar universiti dan penduduk tempatan mengadakan demonstrasi.

Kalau ketika itu beliau cuba menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, kini Anwar sekali lagi membuat onar mahu menumbangkan pimpinan Datuk Seri Najib.

Apapun yang usaha yang dilakukan oleh Anwar dan gerombolan pembangkang yang diterajui untuk meraih simpati dan undi rakyat pada pilihanraya umum nanti tidak akan memberi apa-apa kesan lagi.

Tembelang mereka sudah pecah dan pembohongan pembangkang sudah nyata.

Bersih 3.0 adalah tanda jelas saat mereka dikuburkan sudah amat hampir.

MEMALUKAN, NYANYI LAGU NEGARAKU PUN SALAH


Cuba dengar betul-betul pendemo ini nyanyi lagu Negaraku.

" Rakyat kita selamat bertakhta "

Sepatutnya -

" Raja kita selamat bertakhta "

Adakah mereka ini sengaja hendak mengubah lirik lagu Negaraku? Atau mereka sebenarnya tidak tahu menyanyi lagu Negaraku dengan betul.

Sungguh memalukan jika tidak tahu nyanyi Negaraku. Salah lirik pula. Ada hati hendak "bersihkan" Pilihanraya. Diri sendiri pun tidak berapa betul.

Mereka ini sememangnya  tidak layak jadi Rakyat Malaysia.

Tuesday, 8 May 2012

Bersih 3.0: Ranjit Mahukan Kebenaran Dari Majlis Peguam




PETALING JAYA: Salah seorang daripada ahli Majlis Peguam (Bar Council) telah muncul di YouTube dan meminta agar Majlis Peguam memberi sebab terhadap segala keganasan yang berlaku ketika perhimpunan Bersih 3.0 didalam laporan mereka.
Dalam video selama tujuh minit tersebut yang dimuatnaik pada tiga hari yang lalu, peguam, Ranjit Singh Dhillon berkata bahawa Pengerusi badan tersebut, Lim Chee Wee telah 'termakan senjata sendiri' melalui kenyataan bercanggah yang dibuat terhadap provokasi kepada pihak polis yang dilakukan oleh peserta-peserta.

Monday, 7 May 2012

KALAU TAK PUAS HATI BAKAR!


Apa masalah dengan peserta-peserta Bersih ni. Bab kata pepatah kerana “Marahkan nyamuk, kelambu di bakar”  Kalau dah geram sangat kenapa tidak bakar je motor polis itu. Semakin ramai tanda-tanda penyakit mental yang langsung tidak di sedari perilaku.
Jom kita lihat tanda-tanda awal penyakit mental :

1.     Perubahan tingkah laku secara ketara.

2.     Cepat marah atau bertindak ganas.

3.     Tidak mampu untuk mengatasi masalah dan tidak mampu untuk melakukan aktiviti harian.

4.     Mempunyai idea-idea yang pelik.

Kalau dilihat fakta no 2 itu macam ada kena mengena je dengan peserta-perserta Bersih. Suka bertindak ganas dan marah. 

Sunday, 6 May 2012

LAGI BUKTI SOROS TAJA BERSIH DAN ANWAR




Video menunjukkan Pengarah Eksekutif SEAPA (Southeast Asian Press Alliance), Gayathry Venkiteswaran berucap kepada peserta BERSIH 3 di hadapan kedutaan Malaysia di Bangkok. Gayathry berucap menyatakan mengapa Anwar Ibrahim dan BERSIH perlu disokong. SEAPA ialah sebuah organisasi yang dibiayai oleh George Soros. Untuk lebih lanjut, sila klik  sini

Friday, 4 May 2012

KHALID GAGAP DALANG PENYEBARAN GAMBAR PORNO AZMIN??


Sekarang Malaysia panas tentang penyebaran gambar2 tak bermoral Azmin.Dan kalo korang perasan, penyebaran gambar porno Azmin ni wujud selepas insiden BERSHIT 3.0..Herm macam ada agenda yang tersembunyi kan?

Umum mengetahui yg BERSHIT 3.0  tidak mencapai matlamat. Bahasa kasarnya gagal la..Gagal 100 % dan Bershit merupakan kegagalan PR yang telah banyak memberikan kesan, tapi tidak berkesan.

Kesannya rakyat Malaysia sudah mula membenci  PR dan amat malang sekali puak2 yang dulunya menyokong PR mula berubah fikiran untuk mengundi BN pada PRU 13. Malah, ramai  rakyat yang makin menjauhkan diri dari PR.

PESERTA BERSIH MEMULAKAN RUSUHAN






Segalanya telah terbongkar :

1.    1)Anwar Ibrahim bagi arahan = isyarat.
2.    2)Azmin Ali bersubahat menyampaikan isyarat Anwar Ibrahim
3.    3)Lepas tu Pendemonstran rempuh penghadang
4.    4)Lepas kena rempuh, baru polis bertindak balas untuk mempertahankan diri


Lihatlah kelakuan masyarakat yang tidak bertamadun bertindak ganas dan kejam. Mereka memulakan kekacauan dan huru-hara sebaliknya menfitnah pihak polis yg memulakan rusuhan. Jelas sekali mereka golongan betul-betul melampaui batas. Akhirnya kebenaran dapat dibongkar dan tembelang sudah pecah. Demonstrasi yang menyebabkan kemalangan itu berlaku dan kemudian menyalahkan pihak POLIS . Mula-mula dikatakan hendak “duduk” bantah sebaliknya sepak terajang, melontar objek keras , dan beberapa balingan objek sehingga menyebabkan kecederaan pada anggota Polis.

Turut cedera adalah wartawan Tv Al-Hijrah. Beliau dikatakan cuba membantu dan menghalang daripada peserta bersih menyerang polis terbabit turut dibelasah teruk oleh perserta Bersih. Sungguh biadap dan tidak berperikemanusiaan.

Dari sini juga kita dapat lihat dan boleh nilai sendiri sikap dan kelakuan manusia-manusia yang ditanam dengan fahaman kebencian didikan Anwar Ibrahim.

Tak perlulah kalian provokasi. Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iri hafizahullah menegaskan:


 “Apapun, walau hanya sekadar melakukan provokasi (membangkitkan kebencian dan kemarahan) terhadap pemerintah umat Islam walaupun pemerintah tersebut fasiq, ia telah layak dilabel khawarij. “


Polis didakwa langgar peserta pengsan selepas diserang
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 April 2012

Najib melawat Kamil yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat diserang penyokong Bersih 3.0

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis, Konstabel Mohamed Kamil Paimin, 24, yang didakwa melanggar orang ramai semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin, tampil memberi penjelasan mengenai kejadian itu.


Menurut Kamil, dia berada dalam keadaan separa sedar dan hilang kawalan ke atas kereta Proton Waja yang dipandunya selepas mengalami pendarahan di kepala akibat dibaling objek keras.

Rakaman video menunjukkan kereta itu kemudian terbabas ke kaki lima tetapi tidak dapat dipastikan sama ada orang ramai yang berada di kawasan itu cedera dalam kemalangan tersebut kerana tiada laporan dibuat setakat ini.

Dakwaan sesetengah pihak bahawa kereta itu diterbalikkan penyokong Bersih untuk mencederakan Kamil juga tidak dapat dipastikan kerana ada sumber mengatakan kenderaan itu disengetkan bagi mencari sama ada terdapat mangsa tersepit di bawah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Kamil berkata, dia diarah membawa kereta tersebut untuk mengambil anggota polis lain, apabila diserang di hadapan pusat membeli-belah Sogo.

“Ketika saya mula masuk ke dalam kelompok penyokong itu, keadaan masih terkawal, tetapi mereka tiba-tiba menyerang.

“Mereka membaling batu, botol, kon polis dan objek lain ke arah tingkap kereta, dan satu benda keras terkena kepala saya.

“Saya tak sempat minta bantuan rakan dan terus pengsan. Saya tak ingat apa yang berlaku selepas itu,” katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Kamil, yang baru dua tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, juga bersyukur selepas mengetahui jurugambar stesen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, membantunya ketika diserang.

Namun, Azri juga cedera di kepala kerana dipukul sekumpulan kecil individu dipercayai peserta perhimpunan semasa cuba membantu Kamil dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu.

“Saya suruh mereka berhenti serang saya tetapi rayuan itu tidak diendahkan. Nasib saya baik kerana orang lain di kawasan itu membantu saya, dan kamera saya juga selamat,” katanya yang turut menerima rawatan di HKL.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam turut melawat Kamil, Azri serta anggota trafik, Mohd Nasir Abu dan wartawan The Sun Mohd Radzi Abdul Razak yang turut cedera ketika perhimpunan kelmarin.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dalam pertemuan tersebut, Mohd Radzi, 28, berkata Perdana Menteri berjanji kepadanya akan membantu menyiasat dan mencari mereka yang didakwa bertanggungjawab memukulnya sehingga mengalami kecederaan parah di kepala.

Mohd Radzi berkata, beliau dan rakannya dipukul teruk semasa mereka menjalankan tugas dekat Kompleks Mara, Jalan Raja Laut, semasa perhimpunan itu.


Wednesday, 2 May 2012

Anwar Dalang Rusuhan?

Anwar Ibrahim layak memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang Malaysia dek kerana peribadi dan moral Anwar yang dicemari oleh skandal seks. Hari ini bukan nak bawakan kisah skandal moral Anwar nie apetah lagi sekarang nie timbul plak skandal moral anak didiknya, Azmin Ali di blog-blog Pro-Kerajaan. Jom kita layan dulu video nie


Dari tatapan video kat atas nie,dengan jelas Anwar Ibrahim memberikan arahan khusus kepada Azmin Ali lalu diperturunkan kepada peserta perhimpunan untuk merempuh halangan polis. Dengan arahan itu,bermula episod keganasan oleh pihak BERSIH3.0 di Ibu Negara.




Episod sejarah hitam negara ini terus dicemari dengan pelbagai insiden mengejutkan dan memalukan apabila kereta polis diserang oleh peserta BERSIH3.0. Kenapa begitu kejam mereka menyerang kereta polis yang dipandu oleh seorang anggota sahaja sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepada anggota polis serta orang awam. Namun menyedihkan, polis juga dipersalahkan! ini skrip yg diatur oleh mereka... asyik salahkan polis je.

Siri keganasan melampau ini tidak mungkin berlaku sekiranya tidak mendapat arahan dari Anwar Ibrahim. Sebelum ini kami dah katakan bahawa Anwar tidak layak sebagai Ketua Pembangkang, sebaliknya, selayak-layaknya Anwar Ibrahim patut digelar Ketua Keganasan Malaysia!

Kami Rakyat Malaysia merasakan insiden-insiden ini seolah-olah bukan berlaku di Malaysia. Macam tak percaye sebab bukan itu yang kami mahukan. Keamanan dan kesejahteraan sebelum ini kami mahu kekalkan! mungkin Anwar tak senang duduk dengan indeks negara kita yang cukup cemerlang malah diletakkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara.

Kami sekali lagi mewakili majoriti Rakyat Malaysia sekali lagi menolak keganasan oleh BERSIH 3.0 dan kami mahukan Malaysia diBERSIHkan dari perusuh-perusuh yang ditaja oleh parti politik pembangkang yang terlalu gilakan kuasa mahu menjajah PUTRAJAYA.

Tunggukan semua pendedahan kami sebagai usaha kami untuk memBERSIHkan negara yang kami cintai. WE ALL LOVE PEACE AND MALAYSIA!!!